selamat datang

hai.. selamat datangya ke blog sa

Thursday, July 8, 2010

Satu Permulaan- Bab 1


Lebih 30 tahun lalu

orang tua itu sudah keterlaluan . Diberi betis hendakkan peha. Peluh dan keringat yang tumpah ke dalam tanah kebun peninggalan arwah bapa adalah darahku, peluh dan keringatku. Hati kecil Hasbullah mendongkol mengenangkan perbuatan saudara-saudara kandungnya.Adik beradik sedarah sedagingnya.Hatinya semakin sakit mengenangkan pak ngah Daud yang cuba masuk campur dan menangguk di air yang keruh , mengambil kesempatan takkala mereka adik beradik berada dalam kemelut. Pak Ngah daud itu cuma adik angkat arwah bapa Hasbullah, di bela oleh datuk dan nenek Hasbullah semenjak kecil. Bukan tiada bahagiannya namun hasad dan dengkinya melimpah ruah apabila Hasbullah sebagai anak bongsu mendapat tanah tapak rumah yang luasnya lebih dari 3 ekar itu. Termakan hasutan Pak Ngah Daud , Naemah , Tijah dan Hassan mula meminggirkan Hasbullah. Mereka seolah suka melihat adik bongsu mereka itu tidak sudah-sudah di rundung derita.Mereka seolah sengaja membiarkan Hasbullah terus menerus dilanda musibah.
Siapa yang menjaga arwah bapa mereka ketika nazaknya sampai ke kerongkong. Siapa pula yang menyuapkan air ke mulut arwah ibu mereka ketika dia tercungap-cungap kehausan. Siapa lagi kalau bukan Hasbullah dan isterinya. Yang lain hanya tahu mengarah. Datang menjenguk sekali-sekala hanya untuk mengomel, itu tak betul , ini tak kena. Ketika rumah pusaka peninggalan arwah bapa mereka berpindah ke tangan Hasbullah, dia tahu kakaknya Naemah menjeling. Dia juga tahu Tijah kakak sulungnya menjaja cerita kesana kemari. Hasbullah juga tahu Hassan mencebik. Tangga rumahnya itu ( kalau boleh dikatakan rumahnya) tidak pernah mereka pijak lagi.
Semenjak arwah bapa mereka kembali ke rahmatullah , cuma sekali sahaja mereka bertandang ke rumah itu. Mereka bertiga seolah sepakat, berkomplot menyerang Hasbullah. Mereka menuduh arwah bapa mereka yang kuburnya masih merah itu tidak adil. Tanah kebun getah berpuluh ekar tidak wajar diserahkan kepada anak bongsu seorang. kata mereka, kenapa mereka hanya mendapat tanah sawah yang kosong. Tanah kebun, walaupun tidak diusahakan pun sudah tentu mendatangkan hasil.Mereka tidak sedar pokok-pokok getah itu sudah tua. Batangnya berbuntut disana sini.Kulitnya keras mengalahkan besi. Sekali tarik pisau toreh seperti tersimpul semua urat dalam perut. Siapa yang sanggup menoreh? Lagipun pokok-pokok getah itu sudah banyak yang mati. kalau mahukan hasil perlu ditanam semula.
Hasbullah bukan gila harta, tapi dia tahu bahagiannya ada.Bodoh kalau dia tidak mempertahankannya.Dungu kalau dia melepaskan tanah berpuluh ekar yang
bersambung....
follow blog ni untuk dapatkan update bila cerita ni di sambung

No comments:

Post a Comment