selamat datang

hai.. selamat datangya ke blog sa

Saturday, July 10, 2010

Makhluk itu lari semasa azan

Sumber: majalah mastika november 2007

Selasa, pukul 9:00 pagi.Sebuah sekolah rendah di pantai timur tanah air gempar dengan suara jeritan seorang pelajar perempuan. Pelajar tersebut yang bernama Rafidah menjerit terlolong-lolong.Matanya yang merah menyalamenjegil ke arah sesiapa sahaja yang ada di sekelilingnya.

Cikgu Rosmah, guru kelas Rafidah memujuk pelajar itu supaya masuk ke dalam bilik darjah.Namun Rafidah pelajar darjah lima di sekolah tersebut semakin kuat menjerit.Jegilan mata Rafidah kepada cikgu Rosmah semakin tajam.Dia seperti bersedia untuk menerkam gurunya itu.

Cikgu Rosmah berundur ke belakang.Dia mengugut untuk memanggil ustaz Azlan, guru agama di sekolah berkenaan yang sering terlibat dalam memulihkan orang yang diganggu oleh makhluk halus.

"Panggillah! Saya tak takut! Panggil sepuluh ustaz pun tak apa!" Rafidah menjawab.

Dia menanggalkan tudungnya dan menarik-narik rambutnya sehingga kusut. Rafidah kemudiannya berjalan ke hulu ke hilir seperti mencari sesuatu.Mulutnya tidak henti-henti melolong hingga satu kawasan sekolah mendengarnya.

Oleh kerana keadaan Rafidah yang semakin menjadi-jadi, Cikgu Rosmah memanggil Ustaz Azlan.Apabila Ustaz Azlan sampai Rafidah cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh beberapa orang guru yang mengepungnya.

Ustaz Azlan membaca beberapa potong ayat Al-Quran dan menghembuskan ke kepala Rafidah.Rafidah mula mengamuk. dia bertindak lebih ganas dengan cuba menarik baju cikgu Rosmah.

"Keluar! Cepat keluar! Nanti saya buat lagi teruk," Ustaz Azlan memberi amaran kepada makhluk halus yang ada bersama Rafidah.

"Tak nak! Aku tak nak keluar! Pergi! Pergi kau dari sini! Ini tempat aku," Rafidah melawan

Ustaz Azlan hilang sabar.Dia memegang kepala Rafidah , lalu membaca beberapa ayat Al-Quran yang pernah dibacakan Nabi Musa ketika berhadapan dengan Firaun.Sebekas air diambil dan dihembuskan bacaan ke dalamnya. Setelah selesai Ustaz Azlan menjiruskan air tersebut ke atas kepada Rafidah.

Rafidah terkulai tidak sedarkan diri.Hampir setengah jam kemudian barulah Rafidah tersedar.Namun daripada riak wajahnya dia nampak keletihan.

"Alhamdulillah , benda tu dah keluar, Bawa dia masuk kelas , bagi rehat,"arah Ustaz Azlan.

Keadaan kembali tenang, semua pelajar kembali ke kelas masing-masing.

ISNIN, seminggu kemudian , pukul 9:00 pagi

Ustaz Azlan yang sedang mengajar di bilik komputer tiba-tiba didatangi cikgu Rosmah.

"Ustaz, Rafidah jadi lagi! Dia tak nak masuk kelas."

Ustaz Azlan segera keluar dan mendapatkan Rafidah yang sedang duduk bersendirian di bawah pokok berhampiran kelasnya.

"Assalamualaikum," Sapa Ustaz Azlan

"Waalaikumussalam Ustaz," Rafidah membalas.

"Kamu sedar tak ni?" Tanya ustaz Azlan.

"Sedar Ustaz"

"Kenapa tak masuk kelas?"

"Takut, benda tu kacau saya".

Terkejut Ustaz Azlan. Maknanya 'benda' itu datang lagi dan mengganggu Rafidah, tetapi tidak dapat masuk ke dalam badan pelajar itu.Ertinya juga, makhluk jahat itu masih merayau-rayan sekitar sekolah.

"Sekarang dia ada kat mana ?" Soal Ustaz Azlan.Dia ingin 'mengajar' makhluk-makhluk tersebut supaya jangan lagi mengganggu Rafidah atau para pelajarnya yang lain.

"Tu! atas pokok kelapa."

"Kamu nampak ke?"

"Nampak..." Jawab Rafidah sambil menunjuk ke atas pokok kelapa.Kata Rafidah makhluk itu sedang mentertawakannya dan kerana terganggulah dia tidak boleh duduk dalam kelas.

Ustaz Azlan begitu marah. Dia masuk ke dalam bilik darjah dan mengarahkan enam orang pelajarnya pergi ke pintu kelas. tiga di pintu hadapan dan tiga di pintu belakang. Secara serentak dia mengarahkan muridnya melaungkan azan.

Lalu azan dikumandangkan.keadaan sunyi sepi. setelah selesai Ustaz Azlan menghampiri Rafidah.

"Ada lagi ustaz!" Rafidah memberitahu.

"dia tak lari ke masa azan tadi?" tanya Ustaz Azlan.

"Lari tadi dia datang balik. Sekarang dia ketawakan saya lagi."

Rafidah diam seketika. Matanya memerhatikan ke arah pokok kelapa.

" Hah, Tu , dia dah turun Ustaz,"
" Jadi di mana sekarang?" Soal Ustaz
"Tu...Belakang anak ustaz! Dia ikut anak ustaz" Kata Rafidah sambil menunjukkan tangan ke arah Sulaiman. Kebetulan ketika itu Sulaiman, anak bongsu Ustaz Azlan yang sedang belajar di Tahun satu sedang berjalan menuju ke makmal komputer.

Ustaz Azlan hilang sabar. Sekali lagi dia masuk ke dalam kelas dan mengarahkan enam pelajarnya tadi melaungkan azan di muka pintu.

Taman azan, tiba-tiba angin bertiup begitu kencang sekali.keenam-enam pelajar terpaku melihat beberapa lembaga aneh bertempiaran melarikan diri.

Seorang pelajar mendakwa melihat lembaga menyerupai monyet melintas dihadapannya ketika angin kencang bertiup manakala seorang lagi melihat ular hitam terbang tidak jauh darinya.

Pelajar ketika melihat lembaga menyerupai gajah, manakala tiga lagi pelajar melihat lembaga-lembaga yang menyerupai haiwan-haiwan lain.

keenam-enam pelajarnya melihat makhluk yang berbeza-beza tetapi semuanya sama dengan apa yang dilihat oleh Rafidah.Ustaz Azlan berjalan menuju ke arah Rafidah dan bertanya pelajar itu.

"Ada lagi tak benda tu?"
"Tak ada Ustaz, dia dah lari"

Lega hati ustaz Azlan.Keadaan sekolah semakin tenang, tiada lagi kedengaran pelajar yang histeria. Semua pelajar dapat belajar seperti biasa.

Pukul 2:00 pagi seminggu kemudian.Sulaiman, anak ustaz Azlan yang sedang tidur di sebelah ibunya tiba-tiba terjaga daripada tidurnya. Dia berjalan keluar ke ruang tamu seolah-olah ada sesuatu yang menyuruhnya ke situ seorang diri.

Sewaktu berdiri di ruang tamu tidak lama kemudian, Sulaiman melihat satu lembaga masuk melalui pintu hadapan.Badannya berbulu dan matanya merah menyala serta mempunyai belalai seperti gajah.

Dengan langkah perlahan-lahan lembaga itu masuk ke dalam bilik tidur dan menghampiri katil.Setelah beberapa ketika memerhati dan cuba menyentuh ibunya , lembaga itu keluar kembali melalui pintu hadapan. Sulaiman hanya terpaku melihat kejadian itu.

kejadian itu Sulaiman ceritakan kepada bapanya. Terfikir Ustaz Azlan, makhluk itu mungkin cuba untuk membalas dendam kepadanya dengan cara mengganggu ahli keluarganya.Namun selepas itu tiada perkara buruk yang terjadi.

Apakah sebenarnya yang terjadi hingga sering berlaku histeria di sekolah tersebut?

Sekolah tempat Ustaz Azlan mengajar itu sebenarnya telah di bina semenjak zaman British menjajah negara ini lagi.Binaannya usang dan mengerikan. Namun setelah kerajaan membina bangunan baru bangunan lama itu ditinggalkan.

Sejak itulah dikatakan histeria dan peristiwa seram sering terjadi di sekolah itu.

Pernah diceritakan oleh tukang kebun sekolah itu, 10 tahun yang lalu terdapat sebuah bangunan di belakang sekolah tersebut didiami oleh sekeluarga makhluk halus. Pada waktu malam pengawal keselamatan kerap menemui kanak-kanak bogel bermain di luar bangunan tersebut.Kanak-kanak ini kehitaman, matanya merah, badannya berbulu. Namun apabila didekati makhluk ini serta-merta hilang.

Selain itu, ada juga pengawal yang bertugas pada waktu malam mendengar seperti orang sedang memasak di bangunan itu.Namun apabila diperiksa tiada sesiapa.Paling mengerikan ada pengawal yang dirasuk oleh makhluk tersebut.Dikhabarkan sudah berpuluh pengawal keselaman yang meletak jawatan selepas bertugas di sekolah itu.

Sejak akhir-akhir ini apabila bilangan murid bertambah, sekolah berkenaan terpaksa menggunakan semula bangunan lama yang dulunya terbiar.Hampir setiap petang dan malam akan ada guru yang menggunakan bangunan tersebut untuk aktiviti ko-kurikulum.Sejak itulah keadaan sekolah menjadi huru-hara. Hampir setiap hari ada sahaja pelajar yang meracau.

menurut kebanyakan bomoh dan ustaz ada makhluk yang marah apabila kediaman mereka diceroboh.

kumpulan koir sekolah yang kerap berlatih di situ juga turut diganggu.Apabila mereka tamat latihan dan keluar dari bangunan itu , bunyi muzik masih kedengaran.

Sehingga kini ramai pelajar yang dirasuk dan histeria pada waktu persekolahan.Paling kerap ialah Rafidah.Maklumat terkini yang diperolehi Mastika , ramai pelajar membawa beras kunyit ke sekolah setiap hari, kononnya untuk berlawan dengan hantu. Namun apa kesudahannya belum diketahui.

Mungkin gangguan itu akan berkurangan, tetapi mungkin juga akan semakin teruk!- Naseli Ismail.

No comments:

Post a Comment