Sumber : Mingguan wanita ,Ogos 2006
Kejadian aneh mula menimpa Mariam takkala ,dia dan suaminya Salleh membawa anak sulung mereka ke sebuah klinik berhampiran kawasan kediaman mereka.Pada pagi tersebut tidak ada kejadian aneh ketika mereka meninggalkan klinik.Namum dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Mariam seperti ternampak 'Eina', anak perempuan keduanya yang telah meninggal dunia kira-kira 5 tahun yang lalu.
Diciumnya pipi Mariam berkali-kali. Kemudian Eina mengalihkan perhatian kepada bapanya.Digoncang-goncangnya bahu Salleh yang sedang memandu.
Namun disebabkan Salleh tidak dapat mendengarnya membuatkan Eina beralih semula kepada Mariam.
"Ibu..Abah tidak boleh melihat dan mendengar Eina ya bu?"
Mariam mengangguk perlahan.Mariam menjelaskan hal ini kepada Salleh. Keadaan ini membuatkan Salleh seakan rasa bersalah kepada telah melupakan Eina.
Keadaan ini juga telah menyebabkan Salleh dan Mariam merasakan mereka perlu mendapatkan penjelasan tentang kehadiran roh ini.Eina adalah anak kedua pasangan suami isteri ini dan dia meninggal dunia dalam usia 8 bulan ketika masih berada dalam kandungan Mariam.
Merunut pengetahuan mereka anak yang meninggal dunia ketika masih dalam kandungan rohnya akan terus mengadap Yang Maha Kuasa.Tetapi kenapa roh anak mereka ini masih berada di dunia.Terfikir juga mereka adakah keadaan ini akan kekal selama-lamanya?Sepanjang perjalanan Mariam dan Salleh berfikir kemungkinan penyebab dari semua ini.
Sebaik sahaja sampai di rumah , Eina seperti tidak mahu berpisah dengan bapanya. Salleh yang kebetulan pula tidak sihat, lebih suka berehat dan berbaring di tempat tidur.Eina pun dengan manjanya turut mengikut Salleh tidur dengan memeluk bapanya sambil kepalanya bersandar di dada bapanya.Mariam hanya tersenyum melihat keadaan itu.
Alam Berbeza
Rasa tidak puas hati menyebabkan pasangan suami isteri ini sepakat berjumpa dengan seorang ustaz bagi mencari penyelesaiannya. Namun apa yang hairan apabila tiba saat mereka hendak pergi, 'anak' mereka tidak ingin ikut sama.Eina hanya berpesan agar jangan pergi lama-lama.
Ustaz yang dijumpai oleh Mariam dan Salleh mengatakan jika itu adalah anak mereka,suruh sahaja dia pulang kerana alamnya sudah berbeza.Kemudian ustaz tersebut memberikan Mariam segelas air kosong dan menyuruhnya minum.Sebaik sahaja Mariam meneguk air yang telah dibaca doa itu, terlompatlah dia dari kerusinya apabila tiba-tiba muncul bayangan wanita tua bertopi hitam dan menyeringai dengan gigi hitam yang tidak tersusun.
Ustaz itu memberitahu Mariam bahawa itulah sebenarnya yang ada di sebalik roh anaknya, Eina.Malah ustaz tersebut memberitahu Mariam supaya apabila roh anaknya muncul , mereka menangkapnya dan meletakkanya ke dalam telur dan dibuang.Sesungguhnya apa yang mereka lihat itu adalah tipu daya syaitan.
Sebaik sahaja Mariam dan Salleh sampai di kereta mereka,tiba-tiba kelihatan Eina di dalamnya.Mariam diam dan buat-buat tidak nampak. Namun dalam pada itu diisyaratkan kepada Salleh agar menangkap roh tersebut.
Salleh segera memegang roh tersebutdan dimasukkan kedalam telur. Belum sempat mereka bernafas lega, tiba-tiba roh tersebut keluar dari telur dan kembali duduk di kerusi belakang. Kini dia telah bertukar menjadi makhluk yang mengerikan.
Pasangan ini terus menghidupkan kereta dan terus pulang.Untuk menghilangkan rasa sunyi Salleh memasang kaset zikir.Mariam mendapati makhluk itu menutupi telinganya dengan tangan. Rupanya dia tidak ingin mendengar zikir itu.
Lama kelamaan disebabkan tidak tahan , makhluk itu terlihat berubah-ubah bentuk.Dari bentuk anak kecik ke bentuk nenek sihir, kebentuk wanita dengan gigi-gigi taring yang tajam.Subhanallah, mengetahui kesan zikir yang demikian hebat terhadap makhluk tersebut, Salleh menguatkan lagi radio dengan harapan ia dapat melemahkan makhluk tersebut.
Apabila sampai di rumah, di sebabkan risau makhluk itu akan hilang,Salleh segera menangkapnya.Makhluk itu tidak dapat keluar dari telur. Didalam telur itu makhluk it memperlihatkan bentuk aslinya, seorang wanita muda yang sangat cantik tengah menangis sambil memegang perutnya yang hamil.Dia meninggal beberapa tahun yang lepas ketika mahu bersalin.